Tuesday, December 2, 2008

ntldr is missing ...

Hari ni aku nak kongsi satu ilmu yg menjadi... bila aku aplikasikannya.. itu pun aku search dalam internet. Tapi xpe lah, aku letak gak kat blog aku ni.. mane tau satu hari nanti aku terlupe, aku boleh cari kat sini.. Slalunye bile problem mcm ni dtg aku format je PC.. hehehehe..

ini adalah beberapa error yg keluar bila anda terjebak dgn situasi ini:

NTLDR is Missing
Press any key to restart

Boot: Couldn't find NTLDR
Please insert another disk

NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart

Pernah x anda terfikir.. bagaimana masalah ini boleh berlaku??
antara penyebabnya adalah:

a. Komputer 'booting' dari sumber yg 'bukan bootable'.
b. Komputer hard disk drive tak setup dgn betul dlm 'BIOS'.
c. NTLDR dan NTDETECT.COM file dah corrupted.
d. Misconfiguration dgn 'boot.ini' file.
e. Percubaan utk 'upgrade' dari Windows 95, 98, or ME sesebuah komputer yg guna 'FAT32' menemui kegagalan.
f. 'Hard disk drive' baru di tambah.
g. 'boot sector' / 'master boot record' dah corrupted.
h. Seriously corrupted version of Windows 2000 or Windows XP.
i. Kabel 'IDE/EIDE hard disk drive' longgar atau rosak.

sekiranya anda berhadapan dengan situasi tersebut.. Cool..
x perlu nak cemas.. jangan jadi seperti saya yg mengambil jln mudah yg penuh berliku dan pancaroba, iaitu format C. Kerana ia memakan masa yg agak lama.. 45min-1 jam untuk 'format' sesebuah komputer.

Apa yg anda perlu lakukan adalah, meng'copy'kan semula file 'ntldr' yg missing itu kedalam C. Mudah kan! tapi mcm mane nak buat??

ok, sila ikuti langkah berikut step by step. InsyaAllah masalah anda akan selesai tak sampai 10minit. percayalah....

Untuk Pengguna Windows XP

1. Masukkan 'Windows XP bootable CD' kedalam CD ROM komputer anda.
2. Bila keluar msg 'press any key to boot from the CD, press any key', press mane2 button pada keyboard anda.
3. Apabila anda berada didlm Windows XP setup menu, press "R" key untuk repair Windows.
4. Masuk kedalam 'Windows installation' dgn press "1" key dan press ENTER.
5. Anda akan di tanya 'administrator password', masukkan password tersebut.
6. Copy 2 file di bawah ini ke 'root' directory (c).

"copy e:\i386\ntldr c:\"
"copy e:\i386\ntdetect.com c:\"

7. Apabila kedua2 file dah di'copy'.. keluarkan CD dan Restart.

ps: 'e' merujuk kpd CDROM directory. 'c' merujuk kpd root directory.

No comments: