Friday, June 6, 2008

Apakah yg dimaksudkan Operating System (OS)?

OS (Operating System) adalah perantara hardware dan software di dalam sesebuah komputer. Dalam Bahasa Melayu, OS bermaksud Sistem Pengendalian atau Sistem Pengoperasian. Tugas - tugas yang dilakukan oleh sebuah OS adalah seperti mengawal input dan ouput, menetukan penggunaan memori komputer, dan menguruskan sistem rangkaian.

Salah satu contoh OS yang paling dikenali ialah Microsoft Windows, contohnya Windows XP dan Windows Vista. Windows banyak digunakan oleh PC dan laptop yang digunakan untuk tujuan peribadi, seperti di rumah.

Linux adalah sejenis OS yang dibina berdasarkan konsep open source, di mana ia adalah percuma, dan segala kod dan rekabentuk OS tersebut boleh diubahsuai. Linux banyak digunakan oleh server. Linux boleh didapati dalam pelbagai distro, contohnya Red Hat, Debian, dan Knoppix.

Terdapat banyak lagi contoh OS yang lain, seperti OS jenis Unix, Mac OS X, dan FreeBSD.

Internet Down - How to solve

Saya nak berkongsi dgn anda masalah2 yg sering saya terima dari staff ofis.
Tips ini khas untuk pengguna streamyx sama ada di rumah mahupun pejabat.

1. Periksa fizikal.
~ Mana tau ada wayar LAN yg longgar - ketatkan
2. Periksa lampu adsl pada modem.
~ Jika berkelip-kelip (blinking), ini bermaksud terdapat masalah dari server streamyx.
~ Jika lampu bernyala (static), tapi internet masih down.. - bill suspended.
~ Call 100 dan dapatkan bantuan dari streamyx helpdesk.